08 April 2009

Family pihak abg...

Selepas berkahwin maka bertambah ramaila family ana.. kali ni biarlah ana bercerita ttg family baru ana... (pihak abg syg)..

untuk zuriat... & jodoh!!

Tengah ana mencari info2 tentang zuriat.. terjumpa plak doa ni.. ana rasa ilmu ini sangat bermakna untuk kite semua... terutamanya bagi mereka yg masih mencari2..

(daripada ayat Quran) yang sangat bagus untuk diamalkan dalam usaha anda untuk mendapatkan zuriat.

Doa ini adalah doa yang diamalkan oleh Nabi Allah Zakaria a.s.

Oleh kerana, Nabi Zakaria a.s tidak dikurniakan anak selama berpuluh-puluh tahun. Maka Nabi Zakaria a.s. telah merayu dan berdoa pada ALLAH SWT sepeti ayat dibawah ini. Dengan berkat rintihan doa Nabi Zakaria a.s tersebut, maka ALLAH SWT telah kurniakan isteri baginda mengandung dan mendapat cahaya mata mereka.

Maksudnya :
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”

((Rujuk Surah al-Anbiya’ ayat 89))

Doa ini sangat baik untuk diamalkan oleh para suami yang berhajat untuk menimang cahaya mata. Amalkan selalu membaca doa ini selepas solat. Merintih dan merayu lah pada ALLAH SWT agar dikurniakan zuriat penyejuk mata.

P/s- Doa ini juga dikatakan sesuai diamalkan bagi mereka yang susah untuk mendapat jodoh.

07 April 2009

Masih menunggu anugerah Tuhan


Sedih nak cerite pasal nie.. tp xpela..ana tabahkan hati ni.. sekarang ni ana dah jd makin sensitif!! pantang org tya bab2 baby mmg ana kecik ati.. xtaula nape.. bukannya x reda tp tak suka bila org asyik tanya2 jer.. "Dah terang lg bersuluh"!!

Sampai skrg ana masih menunggu anugerah dari Tuhan.. klu di ikutkan mmgla ana masih baru lg.. baru 7@8 bulan berkahwin.. tp siape yg xnak anak kan? so ana harap semua doakan ana supaya di murahkan rezeki & di percepatkan untuk mendapat zuriat..mmg kami terlalu teringin... ;-)

Bg yg senasib dgn kami.. bacalah artikel ini dan amalkan.. semoga kite semua mendapat keberkatan dariNya.. Amin..

P/S.. Yakinlah dengan janji2 Allah..Dia Maha Mengetahui ape yg terbaik utk semua hambaNya..

Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

a. Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
b. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
c. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
d. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
e. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
f. Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
g. Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
h. Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Realiti Kehidupan...

Tanpe permulaan.. terus jer nk cerite!! Dah lame rasenye x update blog nie.. xde ape2 yg menarik ke slpas berkahwin ni? owh.. tidak sama sekali.. mgkin komitmen sbg seorang isteri yg membuatkan ana sentiase busy.. busy ttg ape? anak ke? no... keje ke?no.. ntahla... abaikan ajer.. hehe.. ana tertarik utk berkongsi cerite ttg satu perkara nieee.... yg membuatkan ana sentiasa bermuhasabah diri setiap kali memikirkan ttgnyer..("kadangkala kite berada di atas..
& kdgkala kite berada di bawah.. )

Mmg dari alam persekolahan.. sekolah rendah lagi.. ana selalu berada di atas.. atas ape? atas pagar? atas bumbung? hehe.. bukan same skali..

smmgnya ana sentiasa berada di kelas atas.. di atas pentas.. berlari pantas.. & ape2 lg yg hebat!! kononnyer..& yg paling bermakna ana pernah jd tokoh pelajar pd tahun 1998.. tp itu dulu.. mase zaman kegemilangan laaaa... konon nye lg..

And then.. ana masuk skolah mnengah.. ala skolah asrama biase jer la.. SMKAA.. kat kuantan.. tu pun ok jugak.. bleh di katekan semua persatuan ker @ ape.. semua jawatan ana pegang.. kononnyer.. tp ana bukannye "giler kuase" tp dah mmg jd insan terpilih.. hehe.. x kire samada di skolah @ asrama.. mmgla ana.. tp itu dulu..

Zaman kejatuhan ana bermula ketika ana berasa di tingkatan 4.. kononnyer berada di kelas sains akulah yg paling best!! kononnyer.. tanpa ana sedar ana dah memakan diri ana sendiri!! adeiii... mmg sakit kena makan ni!! ana silap ambik kos!! ana mmg xleh bawak semua subject tueeee..ana give up!!

pastu.. form 5 ana tukar skolah.. SMK BESERAH.. xnak duk asrama.. lg hancuss.. spm ana mmg x bagus.. sbb tu la ana x masuk u.. mmg ana sedih.. sbb ana harapan kluarga.. di zaman kolej pun ana masih lg tetap begitu.. masih mengulangi kesilapan dan terus hancus!! result mmg x memberansangkn.. dulu ana ambik diploma teknologi elektronik industri...di Pahang skills Development Centre.. tahu ke tempat tu? ala area semambu dlm kuantan jugak la..

abis jer training di SONY PENANG disember 2007.. ana dapat tawaran keje di KESM TEST company di sg way.. sbg technician.. adeiiii... gembiranyer hati bukan kepalang.. stat keje 9 January 2008.. tp semua tue x bertahan lame..ana accident plak mac 2008 tu.. abis dented muke ana.. gg ana patah.. banyak jugakla kat muke ana kena jahit.. mase tu Tuhan sajela yg tahu ape yg ana rasekan.. mmg sakit!! mase tu ana...rase macam dah putus ase.. ana betul2 di uji oleh Allah swt..

Ana berkahwin pd 17 ogos 2008.. and then.. ana mule gelisah memikirkan.. bgmana nk arrange kehidupan.. sbbnya ana berada di PJ and hubby ana di negeri 9.. Tanggal 19 october 2008.. ana nekad berenti kerja.. mase tu ana tawakal jer.. sbb mase tu ana xtau nak keje ape pasni.. mmg hubby bleh tanggung ana.. tp ana nk kerja.. :-(

Start tarikh tue.. bermulala kehidupan ana di Senawang negeri 9...

Panjang betul la cerite nie..
kesudahan ceritanya akan di tulis dari semasa ke semasa... tggulah story dr ana..

P/S.. tp ana x pernah kesal.. sbb ana tahu di sebalik yg berlaku pasti ade hikmahnyer.. ana yakin akan janji2 Allah..





19 December 2008

bleh ker abg mainn bola?? .. ;-p



Hari ni ain ikut abg lawan bola.. mule2 tu ain xnk pergi sbb izuqila ( adik ipar ) ade kat umah.. lagi satu sbb ain x sggup tgk!! hik2... mcm klakar jer sbb ain mmg x pernah tgk abg main bola.. ain risau jg sbb abg keje malam.. pagi terus nk main.. mane nk ada stamina!! pastu tiba2 jer ain brubah fikiran..
ain : " abg... nk ikut!! " manje jer bunyinya,,,
Abg pun dgn serius mjwb.. "hah ape lg cptla bersiap!"
Ape lagi.. ain pn terus jer bangun meninggalkan meja makan cute tue tanpa memberi isyarat supaya izuqila kena basuh pinggan yg kakngah (ain) makan tu.. time kasih yer... ;-)

izuqila nk balik pagi ni juga.. tp kami dulu yg kuar rumah... sblum kuar umah tue..
ain : kakngah balik dulu yer...
qila : ish kakngah nie.. mcm umah kitorg plak..
kami : hahahahahaha....


Maka sampaila kami di dataran rembau...
ain : Hahaha...abg jd simpanan je ker?
abg : haah... tp ok gak dpt baju free..



Last game abg masuk padang... kesian tgk abg main mcm xde tenaga jer.. tp ok la.. hehe..
yg penting dpt main...


ape yg aku dpt tahu ttg abg spjg di sana...
" abg mmg pendiam.. susah nk dgr dia bersuara wlupun dgn kwn" ish isk ishhhh...

Memang ALLAH sengaja.. ( '', )


Memang ALLAH sengaja....


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai insan yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.