31 May 2009

sELaMat HaRi LaHiR aLoNg!! 1 JUN...


Abang….
Boleh jadi di sebalik penderitaan yang kita hadapi terletak kebahagian yang diimpikan,sebab semakin besar penderitan seseorang dalam berjuang untuk mendapatkan sesuatu, semakin tinggi pula tingkat kebahagian, jika sesuatu yang diinginkan itu ia dapati….
Semoga berbahagia bersama isteri dan anak-anak yang tersayang…..
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE – 32 TAHUN

Ikhlas dari Angah Sekeluarga

26 May 2009

Perwiraku..hehe..

Terima Kasih Semua.. :-)

Angah sekeluarga.. termasuk baby dalam perut ni pun.. hehe.. nk ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana mengingati hari lahir angah.. Memandangkan angah tidaklah pernah menulis dalam blog ini melainkan ain(kakngah) semata-mata..maka ain(kakngah)yang mewakili angah untuk mengumpul segala entri @ kad yg ditujukan pada angah untuk di abadikan dalam blog ni.. minta izin yerrrrr...

DARI ABANG DAN FAMILY..
Dicopy dari blog abang.. (Jgn bimbang!! hakcipta terpelihara..hehehe)


Selamat Ulang Tahun... Angah...
dikirim oleh irzary

Angah... Ko lahir 1 tahun 11 bulan 25 hari lepas abang lahir...
Sebab ko 25 May dan Abang 1 Jun... So jarak kita x sampai 2 tahun...

Selamat Ulang Tahun ngah... yang ke 30. Walaupun ko dah tuer! tapi ko nampak masih hensem... Cuma kurus jerk... he he he

Ari ni genap umur klo dan abang rasa tahun ini angah menyambutnya dengan bakal org ke-3 dan orang rumah yang menyayangimu...

Abang dan Kak Long serta anak2 sedara semua nak ucapkan... Hepi B'day to Angah @ Mazrul @ Pak Ngah! Semoga mendapat zuriat yang sihat, sempurna akal dan fizikal dan soleh/solehah... Terus bahagia dengan isteri yang sentiasa rindukanmu dan kehidupan yang sihat, selamat, bahagia, dipermudahkan dalam kerjaya dan beroleh rezeki yang berlimpah ruah! Amin...

-damaihati-

DARI IZUQILA
Dicopy dari blog izuqila.. (Jgn bimbang!! hakcipta terpelihara..hehehe)




DARI EPAH
Dicopy dari blog epah.. (Jgn bimbang!! hakcipta terpelihara..hehehe)
selamat ulang tahun kelahiran angah!!!
sEgAlaNya kU tEriMa


wah..dah tua rupenya angah afie nie..ha ha ha
tapi tua-tua pun muka menteh macho kuakuakua..
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ANGAH!!
moga angah dapat teruskan hidup dengan rasa yang bahagia disamping isteri n baby tercinta..
moga panjang umur dan murah rezeki..

nak hadiah kew???
hahahha gi kedai beli sendiri..
huhuhu...

25 May 2009

Hepi Birthday to my Hubby.. :-)


Hari ni.. tanggal 25 may 2009 merupakan hari jadi abg yg ke 30.. dah tuuuuutttt rupanya abg.. hehe..Tahun ini merupakan tahun pertama sayang dan abg meraikan bersama-sama.. maklumlah.. usia perkahwinan kita pun belum mencecah 1 tahun lg.. dan 3 bulan lg.. pd 17 0gos. kita bakal menyambut hari ulangtahun perkahwinan pula..
Bertuah yer anak kita ni abg.. dpt menyambut kedua-duanya bersama walaupun hanya di dalam perut..hehe.. Bila dia dah besar nanti kita bagi dia baca entri ni yer..
Semalam.. sayang bahagia kerana dapat menunggu sampai pukul 12 untuk menyambut hari jadi abg.. bahagia rasanya dapat meraikan bersama-sama walaupun hanya di buat sederhana dan hanya kita berdua sahaja..Lagi membahagiakan kerana abg terus memakai seluar yang sayang hadiahkan malam tu sewaktu makan kek.. Terima kasih abg..



Suamiku..
Jika tak sanggup mengharung laut kelelahan
Jangan diharap seraut kejayaan
Tak kan terjangkau rahsia mutiara
Jika diri tak berani menyelami samudera

Ingatlah,
Kekalahan cuma
satu kemenangan..
yang di tangguhkan

Suamiku..
Tak perlu kau ukur ketinggian
langit Tuhan
Tapi ukurlah panjang
tali lelayang insan
Setelah penat menyediakan bekal
Istiharatlah sebentar
di perhentian tawakal
Hujung akal barulah bertawakal

Bawalah pulang untuk kita satu keberkatan
Sesungguhnya, sedikit yang mengingatkan
Lebih baik daripada banyak yang melalaikan

Kata bijak pandai:
Jika tak mampu menjadi
semulia penderma
Cukuplah sekadar tak jadi
sehina peminta


Jika mampu... jadilah pohon di bukit yang tinggi
Jika tidak...cukuplah jadi rumput
Tapi pastikan rumput yang paling hijau di bumi

Suamiku, aku sentiasa bersamamu
Dalam gerak nafas
Dalam tindak pantas
Dalam safarmu mencari kurnia...
Untuk kita sekeluarga!!

21 May 2009

Masakan..resepi untuk Lalalalala...

LALA MASAK LEMAK




Bahan-bahan ( 4-5 org )

* 1 kg lala
* *3-4 biji bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *18 biji cili padi (pedas ikut sukalah eh)
* *1/2 inci halia
* 1 batang serai diketuk
* 1 kpg asam gelugor
* garam n perasa
* 1 1/2 cwn santan pekat
* 3 cwn air

Cara-cara

1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Masukkan bahan yg telah di tumbuk, air, serai n lala dlm periuk, reneh hingga mendidih.. Masukkan asam keping..
3. Bila lala hampir masak masukkan santan biar mendidih... Jagalah eh jgn sampai pecah santan lak... Masukkan garam n perasa kalu suka.....


LALA SOS TOMATO


Bahan-bahan ( Sekeluarga )

* 2 kilo lala
* 3 biji tomato (diblender hancur)
* 2 batang serai (diketuk)
* 1 kiub pati ikan bilis
* Bahan untuk tumis
* 6 biji cili merah
* 10 biji cili api
* 10 biji bawang merah kecil
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci belacan (boleh dikurangkan)
* Garam secukup rasa
* Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Bersihkan lala. Berhati-hati semasa bersihkan lala kerana ada lala yang tiada isi dan dipenuhi lumpur. Lumpur merosakkan rasa lala yang enak.
2. Blender bahan-bahan untuk tumisan.
3. Panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumisan, kacau hingga naik bau. Masukkan serai, tomato yang telah diblender hancur dan tumis hingga berbau enak.
4. Tambahkan garam kemudian masukkan lala. Tutup kuali supaya lala masak sekata.
5. Hidangan siap. Bolehlah dinikmati dengan keluarga


LALA MASAK SERAI




Bahan-bahan ( 3 org makan )

* 500 gm lala - dibersihkan dan toskan
* 3 batang serai - dipotong serong
* 3 ulas bawang putih - diketuk
* 1in halia - dipotong panjang
* 5 biji cili api - diketuk
* 1 sb sos tiram
* 1 biji bawang besar - dipotong bulat
* daun bawang, tomato ceri
* garam dan gula utk perasa
* 2 sb minyak

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
3. Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
4. Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.

17 May 2009

Bila Perutku Masuk Angin..




Bila perutku masuk angin
Semua kerja jadi tak kena
Mahu termuntah tak semena2
maka mulalah gundah gulana

Bila perutku masuk angin
Ada sahaja yang tidak kena
Bilik air jugalah tempatku berkelana
meluahkan segala angin yang menggila

Bila perutku masuk angin
abangku duduk serba tak kena
memikirkan si isteri yang serba tak kena
Mencari idea kot2la mengena

Ape yang aku cuba sampaikan tu?? hehe.. tak lain tak bukan.. alahan ibu mengandung la tu.. lambatnya menantikan bilalah agaknya akan berakhir semua alahan ni..abangku sendiri pun putus idea bagaimana untuk membantu aku dalam menghadapi situasi ini.. Bermacam2 perkara yang dia cuba buat tapi tak menjadi juga.. Apa yang dapat dia buat sekarang ni.. hanya membiarkan aku duduk rehat tanpa melakukan apa2 pekerjaan.. segalanya akan di uruskannya sendiri..terharu juga melihat pengorbanannya setiap hari yang tidak jemu2 melayanku bagaikan seorang puteri..syukur..Adakah aku terlalu manja?? tak salah rasanya bermanja dengan suami sendiri.. agaknyerrrr..

Ada orang mengatakan alahan akan hilang bila trimester kedua nanti.. bermakna 3 bulan ke atas lah.. Tapi semua tu bergantung juga pada setiap individu..ada yang tidak mengalami alahan yang teruk dan ada juga yang berpanjangan sehingga waktu hendak bersalin.. yang itu lagi dasyat!! dan alangkah beruntungnya mereka yang tidak mengalami alahan yang teruk.. Dan..lebih beruntung klu alahan itu berpindah pada si suami!! Tapi aku tidak pernah mgharapkan supaya suamiku mglami semua itu.. biarlah aku sendiri menanggungnya sebagai seorang ibu..

Sekarang kandunganku sudahpun mencecah 9 mggu +++..Masa ni mmg badan terasa agak penat walaupun tidak membuat sebarang pekerjaan.. aku juga kerap mengalami muntah2 dan selera makanku terus downnnn!!! Muntahku juga kian menggila ketika aku mandi lebih2 lagi waktu pagi.. Dan sekarang ni pun.. Langsung tak boleh berada di tempat yang panas.. rasa nk pitam dan muntah2 jer..

Semalam.. sedang aku berbaring.. dan abangku membaca surat khabar di sebelahku.. tiba2 aku rasa pening dan aku termuntah tanpa sempat bangun & semua isi dalam perutku terkeluar di situ juga.. dia atas karpet yang ummi belikan.. Dan yang buat aku terharu.. abangku menadah muntahku dengan tangannya sendiri dan membawaku ke bilik air tanpa perasaan geli sedikit pun.. sayangnya pada abang...

07 May 2009

Aku budak kampung..



Klu di beri pilihan.. antara duduk di bandar @ di kampung.. yg mane akan aku pilih? maka tiada jawapan lain yg aku jwb.. kampung!!
Org akan bertanya.. kenapa mesti kampung? kenapa tidak bandar.. yg penuh hiburan dan arus kemodenan.. bukankah tggal di kampung itu membosankan?? hya bertemankan pokok2, haiwan, org2 tua dan jauh sekali untuk mendapat hiburan..

Bg orang macam aku.. kampung adalah segala2nya.. aku di besarkan di kampung.. dan hanya org yg macam aku yg mengerti betapa indah & bahagianya hidup sebagai org kampung..

aku pernah bertanya kepada kwn2 ku yg duduk di bandar.. atau paling tidak pun tggal di kawasan perumahan.. pernahkah ade pgalaman sepertiku masa kecil? jawapannya 'tidak'!!kebanyakan mereka hanya berkurung di dlm rumah dan kadangkala di bawa ke taman untuk bermain..alangkah ruginya zaman kanak2 mereka..

masih terngiang2 lg dalam fikiranku.. di kala aku melalui zaman kanak2.. betapa nakalnya aku ketika itu.. setiap hari bermain kejar-kejaran, di tanah lapang depan rumah ataupun di rumah jiran.. dan juga.. sentiasa mencari perkakas untuk bermain pondok2 dan membina khemah..pendek kata, saban hari ada sahaja idea untuk bermain.

Teringat juga di mana kami juga membuat khemah di atas pokok.. membawa bekal nasi dari rumah,kami akan makan beramai2 di atas pokok @ tempat2 yg kami rase sesuai.. Bila rasa panas.. kami akan pergi ke sungai untuk mandi.. walaupun di larang oleh mak ayah.. kami tetap cari peluang ke sungai.. sebab itulah di kalangan kawan2ku sewaktu kecil kebanyakannya mmg pandai berenang!! hehe..Kami juga suka menangkap ikan, x kira ikan ape yg kami dapat.. semuanya di bawa balik kerumah untuk di jadikan koleksi.. aku juga suka tangkap anak kura2.. mase tu mmg senang nk dapat, lg2 bila musim hujan..



Kadangkala kami masuk ke kebun atUk dan nenek..same2 mencabut ubi.. & ape2 sahaja yg kami rasakan seronok untuk bermain..

Dan yang paling seronok juga.. dapat berbasikal beramai2 ke sekolah dan pergi mengaji bersama2.. selalunya selepas balik dari mengaji.. aku dan kawan2 akan mula mencari projek!! samada cari buah kemunting, main getah, main guli, cari lokan dan ape2 yg kami rasakan Adventure.. jadi tidak hairanlah kami sememangnya budak kampung yang lasak.. tak kira perempuan @ lelaki.. semuanya sama sahaja waktu itu..

06 May 2009

KeResahan Bakal Seorg Ibu.. ('';)

Semalam..sepasang suami isteri pergi ke hospital.. sbb si isteri teruk sgt mengalami muntah2..si suami yg risau dgn keadaan isterinya terus mengambil cuti..itulah pgorbanan seorg suami terhadap isteri tercinta..si isteri kian tidak bermaya.. apa tidaknya.. segala isi di dalam perut semuanya sudah di keluarkan dek kerana perasaan loya yg kian "menggila"..sI ibu kian resah memikirkan keadaan diri yg semakin lemah.. maklumlah pglaman pertama untuk bergelar ibu..bimbang klu2 anak dlm kandungan tidak mendapat nutrien yg secukupnya.. si isteri cuba melawan segala perasaan yg membelengu dirinya..

Buat pertama kalinya si isteri berjumpa dengan doktor bagi ibu2 yg mengandung.. teruja rasanya.. klu sebelum ini si isteri hanya memandang sebelah mata malah kdg2 langsung tidak menoleh jika lalu ke bahagian ibu2.. tp kini semua tu dah berakhir.. kini si si isteri bakal menjadi pengunjung tetap di situ..

Si isteri itu adalah aku sendiri.. hehe..

Mula2 sampai aku dikira "first case person" oleh nurse2 disitu..aku diminta membuat kad terlebih dahulu.. yerrr..mmg aku selalu nampak kad seperti itu..yg mak punya sewaktu melahirkan adik2 ku.. sekarang.. aku menjadi pemilik tetap kad seperti itu..
aku di minta oleh nurse untuk menimbang berat badan.. owhh!!mmg aku dah agak.. ternyata berat badanku susut sama sekali..



Lepas tu aku di minta untuk mengambil darah!! satu2nya benda yg aku x suka.. dlm keadaan yg pasrah.. aku melangkah masuk ke bilik doktor dan merelakan serta mghalalkan darahku di ambil.. alah!! x sakitpun.. bisik aku dlm hati.. hehe..

Dan tiba masanya sesi untuk berjumpa dgn doktor.. sesuatu yg aku dah agak sudah pun menjadi kenyataan.. doktor dh mule bersungut dgn berat badanku yg terlalu ringan!! x sesuai katenye bg ibu2 yg mengandung mcm aku.. tp dia faham katenye.. trimester pertama ni merupakan detik yg sukar bg aku..yg merupakan antara ibu2 yg mengalami alahan yg teruk.. doktor nasihatkan aku supaya cuba seboleh yg mungkin utk mengambil pemakanan yg seimbang.. wlupun akan muntah cuba sedaya yg mungkin.. yer.. mmg aku akan cuba!!

Macam biaselah.. di akhir pertemuan.. aku di bekalkan dengan folic asid yg akan menjadi menu harian ku setiap hari.. bagus katanya untuk bayi dlm kandungan..

05 May 2009

Pembuka Selera

Bile dh alahan ni.. semua makanan jd x sedap.. ape yg dimakan klu bleh semua nk terkeluar balik..susah nk cari makanan yg kena dengan selera..
Kesian kat hubby..terpaksa masak sendiri..bukan malas nk ke dapur tapi semua badan dah jadi lemah dek kerana loya & muntah yg sentiasa menemani sepanjang hari.. Pantang silap makan.. uweeekla jdnyer.. bibir pun dah mula mengering gara2 kurang makan & minum.. bukan sengaja memanjakan diri tapi mmg dah xbleh nklawan perasaan tu..
So buat mase ni.. hanya Kueh teow ladna yg menjadi pembuka selera.. maka saban harilah hubby pergi ke kedai mek kelate tu utk "order".

Bila fikir2 sampai bila nk terus macam ni.. baby ni perlu nutrisi dr umminyer ni utk terus membesar..maka terpaksalah ambil inisiatif sendiri bagi mengekalkan pemakanan yg seimbang demi ibu & anak.. buat mase ni ain x dpt makan nasi..klu makan maka akan terkeluarlah semula dek kerana perut yg x dpt menerima..oleh itu..ain dah mula belajar buat kuteow ladna sendiri bg mengelakkan terus melaburkan duit kat kedai makan tueee.. nyam nyam...



Bahan-bahan ( 2 org )
kueh teow

-3 ulas bawang putih dicincang kecil2
-2 sudu minyak
-2 sudu sos tiram
-sekeping dada ayam
-lobak merah
-kobis bunga
-2 sudu besar tepung jagung
-cili padi
-kobis
-air
-garam dan secubit ajinomoto


1-Cara-cara panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yg dipotong kecil2.

2-Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.

3-masukkan lobak merah terlebih dahulu.

4-bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto.

5-masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.

Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

03 May 2009

Baby umi dah balik kampung..



mandi manda di pantai lanun.. endau..
ijad..hubby..qila..izu..aboh..




Alhamdulillah.. kandungan sudah pun mencecah 7 mggu...


Waktu ni merupakan detik yg sukar..si umi mengalami alahan yg teruk.. selera makan kian hilang..loya2 dan muntah juga kian terasa..tp semua tu memerlukan sedikit kesabaraan..demi anak tercinta semua itu dihadapi dengan hati yg tenang & penuh keredhaan..

Mggu ni baby ni dah mule mengikut umi nyer balik kg.. Dengan bernawaitukan tawakal.. maka pulanglah si umi dan anak ke kampung abi nyer.. Sepayang Rompin..di sertai ayah dak & makdaknyer..izuqila..