07 May 2009
Aku budak kampung..
Klu di beri pilihan.. antara duduk di bandar @ di kampung.. yg mane akan aku pilih? maka tiada jawapan lain yg aku jwb.. kampung!!
Org akan bertanya.. kenapa mesti kampung? kenapa tidak bandar.. yg penuh hiburan dan arus kemodenan.. bukankah tggal di kampung itu membosankan?? hya bertemankan pokok2, haiwan, org2 tua dan jauh sekali untuk mendapat hiburan..
Bg orang macam aku.. kampung adalah segala2nya.. aku di besarkan di kampung.. dan hanya org yg macam aku yg mengerti betapa indah & bahagianya hidup sebagai org kampung..
aku pernah bertanya kepada kwn2 ku yg duduk di bandar.. atau paling tidak pun tggal di kawasan perumahan.. pernahkah ade pgalaman sepertiku masa kecil? jawapannya 'tidak'!!kebanyakan mereka hanya berkurung di dlm rumah dan kadangkala di bawa ke taman untuk bermain..alangkah ruginya zaman kanak2 mereka..
masih terngiang2 lg dalam fikiranku.. di kala aku melalui zaman kanak2.. betapa nakalnya aku ketika itu.. setiap hari bermain kejar-kejaran, di tanah lapang depan rumah ataupun di rumah jiran.. dan juga.. sentiasa mencari perkakas untuk bermain pondok2 dan membina khemah..pendek kata, saban hari ada sahaja idea untuk bermain.
Teringat juga di mana kami juga membuat khemah di atas pokok.. membawa bekal nasi dari rumah,kami akan makan beramai2 di atas pokok @ tempat2 yg kami rase sesuai.. Bila rasa panas.. kami akan pergi ke sungai untuk mandi.. walaupun di larang oleh mak ayah.. kami tetap cari peluang ke sungai.. sebab itulah di kalangan kawan2ku sewaktu kecil kebanyakannya mmg pandai berenang!! hehe..Kami juga suka menangkap ikan, x kira ikan ape yg kami dapat.. semuanya di bawa balik kerumah untuk di jadikan koleksi.. aku juga suka tangkap anak kura2.. mase tu mmg senang nk dapat, lg2 bila musim hujan..
Kadangkala kami masuk ke kebun atUk dan nenek..same2 mencabut ubi.. & ape2 sahaja yg kami rasakan seronok untuk bermain..
Dan yang paling seronok juga.. dapat berbasikal beramai2 ke sekolah dan pergi mengaji bersama2.. selalunya selepas balik dari mengaji.. aku dan kawan2 akan mula mencari projek!! samada cari buah kemunting, main getah, main guli, cari lokan dan ape2 yg kami rasakan Adventure.. jadi tidak hairanlah kami sememangnya budak kampung yang lasak.. tak kira perempuan @ lelaki.. semuanya sama sahaja waktu itu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment