05 May 2009

Pembuka Selera

Bile dh alahan ni.. semua makanan jd x sedap.. ape yg dimakan klu bleh semua nk terkeluar balik..susah nk cari makanan yg kena dengan selera..
Kesian kat hubby..terpaksa masak sendiri..bukan malas nk ke dapur tapi semua badan dah jadi lemah dek kerana loya & muntah yg sentiasa menemani sepanjang hari.. Pantang silap makan.. uweeekla jdnyer.. bibir pun dah mula mengering gara2 kurang makan & minum.. bukan sengaja memanjakan diri tapi mmg dah xbleh nklawan perasaan tu..
So buat mase ni.. hanya Kueh teow ladna yg menjadi pembuka selera.. maka saban harilah hubby pergi ke kedai mek kelate tu utk "order".

Bila fikir2 sampai bila nk terus macam ni.. baby ni perlu nutrisi dr umminyer ni utk terus membesar..maka terpaksalah ambil inisiatif sendiri bagi mengekalkan pemakanan yg seimbang demi ibu & anak.. buat mase ni ain x dpt makan nasi..klu makan maka akan terkeluarlah semula dek kerana perut yg x dpt menerima..oleh itu..ain dah mula belajar buat kuteow ladna sendiri bg mengelakkan terus melaburkan duit kat kedai makan tueee.. nyam nyam...



Bahan-bahan ( 2 org )
kueh teow

-3 ulas bawang putih dicincang kecil2
-2 sudu minyak
-2 sudu sos tiram
-sekeping dada ayam
-lobak merah
-kobis bunga
-2 sudu besar tepung jagung
-cili padi
-kobis
-air
-garam dan secubit ajinomoto


1-Cara-cara panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yg dipotong kecil2.

2-Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.

3-masukkan lobak merah terlebih dahulu.

4-bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto.

5-masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.

Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

No comments:

Post a Comment