Salam semua.. hehe.. dah lama rasanya x muncul dalam blog nie.. busy ke? bukan... sombong ke? bukan.. abis tu ape???? tuttttt... sebenarnya selepas mula bekerja semula ni.. mata ni macam dah xde selera dengan komputer lagi.. huhu.. ade gak ke kes macam tu? mmg ade.. Mane tidaknya.. pekerjaan baru ni memerlukan aku mengadap pc sepanjang hari.. update benda2 yang x pernah nampak kesudahannya..
sepanjang mengandung ni sebenarnya hati agak x keruan samada nak bekerja @ tidak..lagipun ade ke company nk ambil ibu2 yang mengandung macam aku ni? larat ke aku? mampu ke aku nak bertahan dalam keadaan alahan yang agak teruk ni? Tapi Alhamdulillah..ada juga rezeki anak.. Sesungguhnya Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..malah sewaktu aku aku di terima bekerja tu.. aku baru je seminggu ok dari alahan.. bila di hitung.. alahan aku mula habis masa minggu yg ke-11..bukan habis sepenuhnya.. masih ada sikit2 tapi selera makanku kian bertambah.. kalau dulu semasa alahan.. jgn nk kate makan.. tgk nasi pun dah loya.. pernah ada satu ketika sebiji makanan pun xde dalam perut sepanjang hari.. kelepet atas tilam sepanjang hari x bangun2 dah..bila jumpa doktor.. doktor cakap darahku terlalu rendah.. salah satu sebabnya kerana alahan aku yang teruk tu.. sebab x lalu makan.. so aku di bekalkan dengan ubat yang bagai2 tu.. uwaaaaa... antinya dengan ubat!!Dan hari tu juga buat pertama kalinya perut aku di scan.. mmg teruja.. nampak denyutan jantung anak sendiri dan anak umi ni mcm tau2 jer ummi ni tgk dia.. masa doktor tunjuk tu dia tgh pusing2..comel!!
Sekarang kandungan aku sudah pun hampir mencecah 4 bulan.. cepatnya masa berlalu..apa yang aku harapkan di sini semoga kandungan ni selamat & dapat membesar dengan sihat walafiat..Buat masa ni badan mmg cepat rasa letih.. mata ni pulak asyik mengantuk je.. pantang nampak bantal!!huhu..mgkin inilah salah satu gejala2 yg melanda bg bakal ibu.. (",)
No comments:
Post a Comment