Hari ni aku cuti dan memandangkan abg keje so aku byk mghabiskan masa surf internet.. aku tertarik dgn satu forum tentang zuriat.. ntah mengapa aku rasa terpanggil utk menulis tentang perkara ni..terharu mendengar luahan2 hati mereka yg tidak @ belum lg di beri rezeki oleh Allah untuk di kurniakan anak..Betapa seksanya batin mereka.. SesungguhNya Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
Mmg mudah untuk kita kita bagi nasihat pada seseorang yang tidak berapa bernasib baik.. mudah sahaja mulut kita memberi kata2 nasihat.. tp sedarkah kita kdg2 kata2 & nasihat kita jugalah yang lebih menambahkan penderitaan mereka.. Mmg kadangkala kita hanya mahu mengambil berat pada mereka tp perlukah setiap kata2 itu perlu di ulang berulang2 kali?Contohnya dah terang lagi bersuluh yang sahabat kita tu belum berisi.. rasanya tak perlulah di tanya dah ada isi ke blum?bila lg? Tahukah kita betapa tersentaknya hati mereka bila mendengar pertanyaan itu.. betapa tergurisnya hati mereka.. dan ayat yang paling keji lagi jika ada orang berkata begini.. "sianun bin sianun dah ade isi awak bila lg? dan lebih saya rasa agak keterlaluan jika mereka membandingkan mereka dengan org lain.. mengapa tidak bertanya sahaja semua persoalan itu pada yg mencipta?? Cuba tanya pada diri sendiri apakah tujuan kita yang sebenarnya utk bertanya.. klu setakat nak tahu rasanya x perlulah rasanya sbb kita mmg sedia tahu..klu betul mereka dah ada pasti akan di war2kan berita yg baik tu tanpa perlu di tanya.. Hati mana yg tidak gembirakan?
Tujuan menulis ni juga utk diri sendiri yg kadangkala juga terlaNjur kata bertanyakan soalan yg tidak sepatutnya.. Pernah satu ketika aku menangis mendengar luahan hati seorang sahabat baik yg sebulan berkahwin lebih awal dariku dan sampai sekarang masih belum pregnat..yg paling buat aku tersentak sbb ada orang yg berhati busuk mengatakan pada dia.. awak ni mandul kot!! Allah.. cabulnya mulut org tu!! geram aku mndgr luahan hatinya.. klulah org tu ade kat depan aku tu.. eeeeeeeee....padahal baru jer berkahwin x sampai setahun..
Kalau mengikut pgalaman aku sendiri pun.. 7 bulan selepas kahwin baru pgnant.. itupun dah banyak air mata tumpah & hati kecil ni terguris.. mmg bila di depan masih mampu tersenyum tapi didalam?? sakit...mmg kita redha dengan setiap ujian yg menimpa tapi kadangkala orang di sekeliling kita sendiri yg melemahkan jiwa..
Rasanya tak perlulah kita terus menambahkan beban kesedihan mereka.. cukuplah sekadar terus mendoakan kebaikan utk mereka dan memberikan mereka nasihat dengan penuh berhemah.. Sesungguhnya semua ni adalah sesuatu yang Tuhan sudah aturkan pada kita.. Kepada sahabat2, jgn berputus asa daripada rahmat Allah. Terutama yg masih muda. Banyakkan berdoa dan bermunajat kerana Dia Maha Kaya dan Maha Kuasa. Dan akhir sekali, terimalah apa2 takdir, kerana semua yg berlaku adalah dgn izin/pengetahuan Allah jua. Dia sesekali tidak menzalimi hamba2Nya.Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya bertawakal kepada Allah. Allah lebih tahu hikmahnya…wassalam..
No comments:
Post a Comment