Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi
30 July 2009
Di jangka Meletup..Disember ni..
Hehe..macam ngeri jer bunyi nyer.. sebenarnya masa itulah yg di tunggu2 oleh ummi & abi.. iaitu jangkamasa bersalin sebenarnya..ummi harap anak ummi ni sentiasa di dalam lindungan Allah sentiasa.. dan anak ummi doakanlah juga untuk ummi yer.. supaya ummi dapat lahirkan kamu dengan selamat..supaya kamu dapat melihat bumi Allah ni & menjadi khalifah yg taat kepadaNya..Ummi juga sentiasa berdoa di panjangkan umur supaya dapat menjaga kamu dan dapat melihat kamu membesar untuk menjadi anak yg soleh & solehah.. & jangan kamu lupa juga kepada abimu juga sayang.. yang sentiasa menjaga ummi dengan penuh kasih sayang & sentiasa membelaimu.. Ummi & abi x sabar2 menantikan kehadiran kamu di dunia ini..Keperitan yg di rasakan ketika mengandungkanmu sebenarnya satu rahmat kepada ummi..kadangkala ummi juga merungut ketika ummi sangat penat sayang.. tapi bila ummi tersedar balik.. ummi kembali beristighfar.. ummi bukan merungut keranamu sayang.. tidak sama sekali.. cuma kadangkala ummi terlupa..maafkan ummi..Sekarang ni ummi dah mula merasa sedikit pergerakanmu dalam perut ummi ni.. kamu mahu bermanja dgn ummi yer.. tendanglah lagi sayang.. ummi suka walaupun kadangkala kamu buat perut ummi sakit.. ummi sentiasa membayangkan betapa comelnya kamu dalam perut ummi ni.. 3/8 ni ummi ada temujanji dengan doktor.. perut ummi juga akan di scan.. ummi harap kamu jgn malu2 yer bila ummi dan abi melihat kamu.. ummi juga harap2 dapat melihat jantina kamu nanti.. jgn sombong2 tau.. ummi x kisah kamu lelaki @ perempuan.. sememangnya ummi & abi sangat merindui & menyayangi kamu.. ummmuaaahhhhh!!!
26 July 2009
Pengembaraan 25 Julai...ke BUKIT JALIL..
Semalm.. Sabtu.. kami telah menyertai satu konvoi bersama SIC CLUB.. iaitu kelab yg abg sertai bersama kawan-kawannya..Kami bertolak pada pukul 4 pagi dari dataran senawang.. Inilah antara gambar2nya..kami bertolak beramai2 dan singgah ke banyak destinasi antaranya putrajaya bagi memastikan anggota kumpulan dapat berkumpul bersama-sama.. Kami sampai di Bukit Jalil lebih kurang pukul 7.30 pagi..
Sampai jer kat sana aku & abg terus cari tmpat untuk mandi!! hehe.. busyuk x mandi lg..Rupanya ramai lagi spesis busyuk2 macam kami ni dalam tandas.. mmg padat!! berebut nk mandi.. maklumlah bertolak awal pagi..x sggup nk sentuh air time tu!! sejuk woooo..aku di kejutkan bangun tido oleh abg kul 3 pagi untuk bersiap.. mula2 mmg liat nk bangun.. demi pgalaman ku gagahkan juga!! naik jer kete terus cerah jer mate ni.. dlm kul 11am aku dah mula boring duk kat situ.. maklumlah nak keluar dah x boleh dah sebab semua kereta dah padat dan tersusun di situ..petang baru dapat keluar semua kereta2 tu.. kat dalam tu agak banyak jugalah xtvt tp selepas jelajah semuanya.. pimai2 pimai tang tu gak!! jenuh ler nk tggu smpai ptg.. maka jiwaku ni mulalah bersungut dan yang menjadi mangsa sungutan aku ni abglah!! hehe..
Maka aku pun mulalah membuat satu perancangan dan aku terus suarakan pada abg.. Jom g Mid Valley!! Abg pun setuju dan kami terus naik komuter ke sana.. mujurlah stesen komuter kat bawah tu jer.. maka tergedek2 la aku ngan abg beli tiket.. aku ni pun mengah juga sebenarnya.. maklumlah dah nk masuk 5 bulan kandungan ni.. berat gak lah nk usung perut ni same2.. mengah naik turun tangga.. tp nk jalan2 punya pasal.. no hal lah!!heheh!! Kul 4 kami balik semula ke Bukit Jalil.. n kul 5 kami pun bertolak balik ke seremban.. sebenarnya byk benda lain lg yg nk di cerita.. tp tangan ni dah malas nk menaip dah.. so bye bye...
Sampai jer kat sana aku & abg terus cari tmpat untuk mandi!! hehe.. busyuk x mandi lg..Rupanya ramai lagi spesis busyuk2 macam kami ni dalam tandas.. mmg padat!! berebut nk mandi.. maklumlah bertolak awal pagi..x sggup nk sentuh air time tu!! sejuk woooo..aku di kejutkan bangun tido oleh abg kul 3 pagi untuk bersiap.. mula2 mmg liat nk bangun.. demi pgalaman ku gagahkan juga!! naik jer kete terus cerah jer mate ni.. dlm kul 11am aku dah mula boring duk kat situ.. maklumlah nak keluar dah x boleh dah sebab semua kereta dah padat dan tersusun di situ..petang baru dapat keluar semua kereta2 tu.. kat dalam tu agak banyak jugalah xtvt tp selepas jelajah semuanya.. pimai2 pimai tang tu gak!! jenuh ler nk tggu smpai ptg.. maka jiwaku ni mulalah bersungut dan yang menjadi mangsa sungutan aku ni abglah!! hehe..
Maka aku pun mulalah membuat satu perancangan dan aku terus suarakan pada abg.. Jom g Mid Valley!! Abg pun setuju dan kami terus naik komuter ke sana.. mujurlah stesen komuter kat bawah tu jer.. maka tergedek2 la aku ngan abg beli tiket.. aku ni pun mengah juga sebenarnya.. maklumlah dah nk masuk 5 bulan kandungan ni.. berat gak lah nk usung perut ni same2.. mengah naik turun tangga.. tp nk jalan2 punya pasal.. no hal lah!!heheh!! Kul 4 kami balik semula ke Bukit Jalil.. n kul 5 kami pun bertolak balik ke seremban.. sebenarnya byk benda lain lg yg nk di cerita.. tp tangan ni dah malas nk menaip dah.. so bye bye...
15 July 2009
Ade ape pade saye nieeee...
1. Bekas kekasih saya adalah:
Semestinya kaum lelaki!! ?????
2. Saya sedang mendengar:
Suara hati saya berbicara..
3. Mungkin saya patut:
Melalui hari2 mendatang dgn hati yg tenang & terbuka..
4. Saya suka:
Membuat hal sendiri..
5. Sahabat-sahabat baik saya adalah:
Org yg memahami saya..
6. Saya tak paham:
Kenapa sesetengah orang suka menyakitkan hati!!
7. Saya kehilangan:
Terlalu byk kehilangn..gigi,kakak, datuk, nenek,kawan,zaman silam saya & mcm2 lagi..
8. Ramai yang berkata:
Bestnye awak dah kahwin.. x sabar nk jd mcm awak..mesti anak awak nanti comel kan!!klu mixed ummi dan abinya.. heheh!! yeke?? terima kasih.. Amin.. :-)
9. Makna nama saya:
Maknanya Cahaya Mata..
10. Cinta (sejati) itu adalah:
Love God Care For Others!! (Cinta pd Tuhan, Cinta Sesama Manusia)
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Tgk tv pakai kain pelekat!! sape tu? hehe..
12. Saya akan cuba:
Beramal sebaik mungkin dan membuat baik pd org di sekeliling saya
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Tiada istilah selamanya dlm kehidupan yg fana ni..
14. Telefon bimbit saya:
Sony Ericsson k630i
15. Bila saya terjaga dari tidur:
malasnya nk g keje!! nk tido lg..
16. Saya paling meluat apabila:
Tgk orang cuba memalukan orang lain..
17. Pesta/Parti adalah:
Cuti dan boleh tido!!cam x kena je.. heheh!!
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Kura2, anak kucing dan hamster.. suke sgt!!
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Zaman sekolah..
20.Hari ini:
Saya makan banyak!! asyik nk mengunyah jer..
21. Malam ini saya akan:
rehat, tgk tv & tido...
22. Esok pula saya akan:
keje..
23. Saya betul-betul inginkan:
Kemajuan dlm kehidupan..
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
X hilang lg parut ni..
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
pusat membeli belah
26. Makanan Barat atau Jepun:
barat
27. Bilik yang terang atau gelap:
Terang..
28.Makanan segera adalah:
Buat saya nak makan lg walaupun tau x berkhasiat!!
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
bye.. balik dulu!!
30. Saya rindu:
Family kat kampung..
Semestinya kaum lelaki!! ?????
2. Saya sedang mendengar:
Suara hati saya berbicara..
3. Mungkin saya patut:
Melalui hari2 mendatang dgn hati yg tenang & terbuka..
4. Saya suka:
Membuat hal sendiri..
5. Sahabat-sahabat baik saya adalah:
Org yg memahami saya..
6. Saya tak paham:
Kenapa sesetengah orang suka menyakitkan hati!!
7. Saya kehilangan:
Terlalu byk kehilangn..gigi,kakak, datuk, nenek,kawan,zaman silam saya & mcm2 lagi..
8. Ramai yang berkata:
Bestnye awak dah kahwin.. x sabar nk jd mcm awak..mesti anak awak nanti comel kan!!klu mixed ummi dan abinya.. heheh!! yeke?? terima kasih.. Amin.. :-)
9. Makna nama saya:
Maknanya Cahaya Mata..
10. Cinta (sejati) itu adalah:
Love God Care For Others!! (Cinta pd Tuhan, Cinta Sesama Manusia)
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Tgk tv pakai kain pelekat!! sape tu? hehe..
12. Saya akan cuba:
Beramal sebaik mungkin dan membuat baik pd org di sekeliling saya
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Tiada istilah selamanya dlm kehidupan yg fana ni..
14. Telefon bimbit saya:
Sony Ericsson k630i
15. Bila saya terjaga dari tidur:
malasnya nk g keje!! nk tido lg..
16. Saya paling meluat apabila:
Tgk orang cuba memalukan orang lain..
17. Pesta/Parti adalah:
Cuti dan boleh tido!!cam x kena je.. heheh!!
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Kura2, anak kucing dan hamster.. suke sgt!!
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Zaman sekolah..
20.Hari ini:
Saya makan banyak!! asyik nk mengunyah jer..
21. Malam ini saya akan:
rehat, tgk tv & tido...
22. Esok pula saya akan:
keje..
23. Saya betul-betul inginkan:
Kemajuan dlm kehidupan..
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
X hilang lg parut ni..
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
pusat membeli belah
26. Makanan Barat atau Jepun:
barat
27. Bilik yang terang atau gelap:
Terang..
28.Makanan segera adalah:
Buat saya nak makan lg walaupun tau x berkhasiat!!
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
bye.. balik dulu!!
30. Saya rindu:
Family kat kampung..
Subscribe to:
Posts (Atom)