26 July 2009

Pengembaraan 25 Julai...ke BUKIT JALIL..

Semalm.. Sabtu.. kami telah menyertai satu konvoi bersama SIC CLUB.. iaitu kelab yg abg sertai bersama kawan-kawannya..Kami bertolak pada pukul 4 pagi dari dataran senawang.. Inilah antara gambar2nya..kami bertolak beramai2 dan singgah ke banyak destinasi antaranya putrajaya bagi memastikan anggota kumpulan dapat berkumpul bersama-sama.. Kami sampai di Bukit Jalil lebih kurang pukul 7.30 pagi..
Sampai jer kat sana aku & abg terus cari tmpat untuk mandi!! hehe.. busyuk x mandi lg..Rupanya ramai lagi spesis busyuk2 macam kami ni dalam tandas.. mmg padat!! berebut nk mandi.. maklumlah bertolak awal pagi..x sggup nk sentuh air time tu!! sejuk woooo..aku di kejutkan bangun tido oleh abg kul 3 pagi untuk bersiap.. mula2 mmg liat nk bangun.. demi pgalaman ku gagahkan juga!! naik jer kete terus cerah jer mate ni.. dlm kul 11am aku dah mula boring duk kat situ.. maklumlah nak keluar dah x boleh dah sebab semua kereta dah padat dan tersusun di situ..petang baru dapat keluar semua kereta2 tu.. kat dalam tu agak banyak jugalah xtvt tp selepas jelajah semuanya.. pimai2 pimai tang tu gak!! jenuh ler nk tggu smpai ptg.. maka jiwaku ni mulalah bersungut dan yang menjadi mangsa sungutan aku ni abglah!! hehe..
Maka aku pun mulalah membuat satu perancangan dan aku terus suarakan pada abg.. Jom g Mid Valley!! Abg pun setuju dan kami terus naik komuter ke sana.. mujurlah stesen komuter kat bawah tu jer.. maka tergedek2 la aku ngan abg beli tiket.. aku ni pun mengah juga sebenarnya.. maklumlah dah nk masuk 5 bulan kandungan ni.. berat gak lah nk usung perut ni same2.. mengah naik turun tangga.. tp nk jalan2 punya pasal.. no hal lah!!heheh!! Kul 4 kami balik semula ke Bukit Jalil.. n kul 5 kami pun bertolak balik ke seremban.. sebenarnya byk benda lain lg yg nk di cerita.. tp tangan ni dah malas nk menaip dah.. so bye bye...








1 comment: