25 May 2009

Hepi Birthday to my Hubby.. :-)


Hari ni.. tanggal 25 may 2009 merupakan hari jadi abg yg ke 30.. dah tuuuuutttt rupanya abg.. hehe..Tahun ini merupakan tahun pertama sayang dan abg meraikan bersama-sama.. maklumlah.. usia perkahwinan kita pun belum mencecah 1 tahun lg.. dan 3 bulan lg.. pd 17 0gos. kita bakal menyambut hari ulangtahun perkahwinan pula..
Bertuah yer anak kita ni abg.. dpt menyambut kedua-duanya bersama walaupun hanya di dalam perut..hehe.. Bila dia dah besar nanti kita bagi dia baca entri ni yer..
Semalam.. sayang bahagia kerana dapat menunggu sampai pukul 12 untuk menyambut hari jadi abg.. bahagia rasanya dapat meraikan bersama-sama walaupun hanya di buat sederhana dan hanya kita berdua sahaja..Lagi membahagiakan kerana abg terus memakai seluar yang sayang hadiahkan malam tu sewaktu makan kek.. Terima kasih abg..



Suamiku..
Jika tak sanggup mengharung laut kelelahan
Jangan diharap seraut kejayaan
Tak kan terjangkau rahsia mutiara
Jika diri tak berani menyelami samudera

Ingatlah,
Kekalahan cuma
satu kemenangan..
yang di tangguhkan

Suamiku..
Tak perlu kau ukur ketinggian
langit Tuhan
Tapi ukurlah panjang
tali lelayang insan
Setelah penat menyediakan bekal
Istiharatlah sebentar
di perhentian tawakal
Hujung akal barulah bertawakal

Bawalah pulang untuk kita satu keberkatan
Sesungguhnya, sedikit yang mengingatkan
Lebih baik daripada banyak yang melalaikan

Kata bijak pandai:
Jika tak mampu menjadi
semulia penderma
Cukuplah sekadar tak jadi
sehina peminta


Jika mampu... jadilah pohon di bukit yang tinggi
Jika tidak...cukuplah jadi rumput
Tapi pastikan rumput yang paling hijau di bumi

Suamiku, aku sentiasa bersamamu
Dalam gerak nafas
Dalam tindak pantas
Dalam safarmu mencari kurnia...
Untuk kita sekeluarga!!

2 comments:

  1. Selamat hari lahir angah!!
    Semoga panjang umo murah rezeki anak! hehe..
    Gi blog izu, amik kad ucapan...=)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir angah..
    sowi lew x dpt wish..
    hehehe.. wish dlm nie pow cukup eh??
    nk hadiah??
    gi la beli kt kedai..hehehe

    ReplyDelete