21 May 2009

Masakan..resepi untuk Lalalalala...

LALA MASAK LEMAK




Bahan-bahan ( 4-5 org )

* 1 kg lala
* *3-4 biji bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *18 biji cili padi (pedas ikut sukalah eh)
* *1/2 inci halia
* 1 batang serai diketuk
* 1 kpg asam gelugor
* garam n perasa
* 1 1/2 cwn santan pekat
* 3 cwn air

Cara-cara

1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Masukkan bahan yg telah di tumbuk, air, serai n lala dlm periuk, reneh hingga mendidih.. Masukkan asam keping..
3. Bila lala hampir masak masukkan santan biar mendidih... Jagalah eh jgn sampai pecah santan lak... Masukkan garam n perasa kalu suka.....


LALA SOS TOMATO


Bahan-bahan ( Sekeluarga )

* 2 kilo lala
* 3 biji tomato (diblender hancur)
* 2 batang serai (diketuk)
* 1 kiub pati ikan bilis
* Bahan untuk tumis
* 6 biji cili merah
* 10 biji cili api
* 10 biji bawang merah kecil
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 inci belacan (boleh dikurangkan)
* Garam secukup rasa
* Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Bersihkan lala. Berhati-hati semasa bersihkan lala kerana ada lala yang tiada isi dan dipenuhi lumpur. Lumpur merosakkan rasa lala yang enak.
2. Blender bahan-bahan untuk tumisan.
3. Panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumisan, kacau hingga naik bau. Masukkan serai, tomato yang telah diblender hancur dan tumis hingga berbau enak.
4. Tambahkan garam kemudian masukkan lala. Tutup kuali supaya lala masak sekata.
5. Hidangan siap. Bolehlah dinikmati dengan keluarga


LALA MASAK SERAI




Bahan-bahan ( 3 org makan )

* 500 gm lala - dibersihkan dan toskan
* 3 batang serai - dipotong serong
* 3 ulas bawang putih - diketuk
* 1in halia - dipotong panjang
* 5 biji cili api - diketuk
* 1 sb sos tiram
* 1 biji bawang besar - dipotong bulat
* daun bawang, tomato ceri
* garam dan gula utk perasa
* 2 sb minyak

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
3. Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
4. Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.

1 comment:

  1. sedap nampak..teliur lah pulak ..makasih ..kalau rasa nak berkawan jemput lah ke blog hamba..resepienak.blogspot..salam

    ReplyDelete