28 April 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Dan Kami berpesan kepada manusia supaya membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya yang mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Tempoh hamil sampai selepas penyusuan ialah tiga puluh bulan sehingga apabila ia sampai pada peringkat dewasa dan meningkat usia empat puluh tahun ia pun berdoa: Wahai Tuhanku! Dorongkan aku supaya mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku mengerjakan amalan soleh yang Engkau redhakannya dan kurniakan kesolehan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin.”

Ape yg ain rase skrg? mmg agak menyeksakan..dah mula alahan..

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan
Makanan

Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.

Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.

Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.

Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.

Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.

Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.

Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.

Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.

Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar.

Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.

Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.

Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.

Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.

Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.

Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

Cadangan di atas tidak memberikan kesan.

Berat badan anda menurun dengan banyak.

Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.

Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.

Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

20 April 2009

lagi info ttg zuriat..

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, sosperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

Baby... baliklah sayang..





Suatu pagi.. ain ade terdengar bunyi anak kucing mengeow.. tp buat x endah jer.. sbb ingatkan anak kucing org..Tp bunyi tu semakin kuat.. ain pergi ke belakang rumah.. Sah!! mmg anak kucing yatim piatu..
Mase tu Cik Han dgn Kak Yus tengah berkebun kat belakang rumah.. ain tanya diorang kucing sape tu?Diorang ckp xtau.. klu nk bela ambikla.. kata diorang..
Ain terus panggil baby meow tu.. "meowwwwwww..meh sini.. " anak kucing tu terus dtg.First ain tgk anak kucing tu.. mmg sgt berkenan.. wlupun tu kucing biase je..
Mule2 tu dia agak liar.. tp bila ain bg makan terus manja..
Hubby ain pun sayang kucing tu.. Kami panggil dia "baby" .
Baby mmg manja dan nakal!! kami selalu bergurau.. baby mmg xbleh klu ain jauh dari dia. klu ain pergi dapur ke @ mane2.. terus dia mengiow..dia suke lompat2.. mmg dialah penyeri hidup kami.. Kami mmg terlalu sayangkan dia..
Baby ain ni mmg suke ikut kaki org.. jiran2 pun mmg dah kenal sgt dgn baby ain ni.. Time ain xde rumah diorgla tlg tgk2kan..sbb dia pernah sesat.. smggu x balik rumah.. dia terlalu leka bermain sampai x jumpa cari jalan balik.. nasib baik hubby ain nampak dia merayau2 kat kedai.. pastu terus bawa balik rumah.. lepas kejadian tu dia mmg x berani nk main jauh2 dah.. area rumah jer..
Tapi suatu malam.. baby terus x balik2 sampai sekarang.. mungkin diambil org.. ain lah org yg paling sedih.. Tiap2 hari ain tggu tapi dia x balik2 juga.. mungkin org geram dengan prngainya yg nakal dan manja tu.. ain harap sgt diorg dapat kembalikan baby ain tu..bagi ain baby mmg xde penggantinya.. susah nk cari anak kucing sebaik baby.. baby mmg x berak@kencing merata2.. klu nk berak@kencing dia akan mengeow minta di bukakan pintu.. dia suke kacau kami tido..malam2 kejutkan kami ajak main.. mmg nakal!! sbb tu la kdg2 kena denda tidur kat luar.. mengeow la dia minta di bukakan pintu.. bangun pagi je mmg kami terus bagi dia masuk rumah.. melompat2la dia suke sangat dpt masuk rumah.. bila teringat balik.. ain mmg terlalu sedih.. sampai mengalir air mata ni..

Album peribadi.. kenangan bekerja sbg technician di KESM COMPANY..






Zikir Hamil

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Buat ikhwah sekalian...

Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan,
digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum)
mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan.
Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah,
dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil?
Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul "Wirid Ibu Hamil"
karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah.
Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.

Bacaan ayat-ayat Al-Quran.

1. Membaca Surah Al-'A'raaf : Ayat 54 - 56


Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176)
menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu 'Anha mendekati masa kelahiran bayinya,
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar
datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum...dan seterusnya


Al-A'raaf : 54 - 56

serta memohonkan perlindungan kepada Allah dengan mua'wwidzatain iaitu,


Surah Al-Falaq

dan Surah An-Naas.


Riwayat ini dibawakan oleh Ibnu As-Sunni dalam kitab Zawaa'id Al-Musnad dengan sanad hasan dari
Ubay bin Ka'ab bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam membacakannya pada seseorang yang
terkena penyakit gila ( kesurupan ).

2. Membaca Surah Al-Ahqaf : 35, An-Nazi'at : 46, Yusuf : 111
Imam Ibnul Qoyyim Raahimahullah dalam kitab Zaad Al-Ma'ad (IV/357) dan Ath-Thibb An-Nabawi ( h. 530 )
menyebutkan bahawa Ibnu Abbas Raadhiyallahu 'Anhu berkata,
"Jika seorang wanita mengalami kesukaran melahirkan, handaknya ia mengambil sebuah wadah
yang bersih lalu dituliskan ayat berikut ini ( untuk dimasukkan kedalamnya. )

Ayat tersebut adalah :



Q.S Surah Al-Ahqaaf : 35



Q.S An-Naazi'aat : 46,




Kemudian, air tersebut dibasuhkan dan diminumkan serta disapukan pada bahagian perutnya.



Disebutkan juga dalam kitab Al-Manhal Ar-Rawiyy karangan Ibnu Thulun ( h. 352 )
dan Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/170 ).
Al-Baihaqi meriwayatkannya dalam Ad-Da'awat dari Ibnu Abbas secara mauquf.
Abu Bakr al-Mawarzi mengatakan,
" Pernah ada seseorang yang datang menemui abu 'Abdillah lalu ia berkata,
" Wahai Abu Abdillah, apakah engkau berkenan menuliskan ayat untuk seorang wanita
yang mengalami kesukaran melahirkan anaknya sejak dua hari lalu?
" Ia kemudian berkata, "Katakan kepadanya agar menyiapkan wadah yang lebar dan za'faran.
Saya melihatnya perlu melakukan hal itu tidak hanya sekali."

Lihat Zaad Al-Ma'ad karangan Ibnul Qoyyim ( IV/358 ).

Sementara itu Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Al-Fatawa ( XIX/64 ) mengatakan,
"Orang yang terkena suatu penyakit boleh dituliskan untuknya ayat-ayat dari kitab Allah
dan dimasukkan ke dalam bejana yang berisi air kemudian diminumkan kepada pesakit.
Demikian seperti ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ulama lainnya,"

Dan banyak lagi doa lainnya yang boleh dibaca. Semuga yang sedikit ini bermanfaat.

Juga boleh membaca buku "Menanti buah hati + Hadiah untuk Yang Dinanti,
Darul Qalam, Jakarta oleh al-Ustadz Abdul Hakim dimana dijelaskan bagaimana
kewajiban orang tua terhadap anaknya ketika menyambut si buah hati lahir hingga
mendidiknya disertai dalil-dalil yang InsyaAllah dapat dipertanggungjawabkan,
misalnya bagamaina hukum mengadzankan ketelinga si anak ketika lahir yang banyak
diyakini para orang tua sebagai perkara wajib dilakukan, masalah aqiqah, memberi nama,
dan Bid'ah-bid'ah yang dianggap baik yang berhubungan dengan judul diatas.

Surah An-Nahl: ayat 78-80

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah.


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
---------------------------------------------------------------------------------------

AMALAN KETIKA MENGANDUNG

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.



------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.



WALLAHUA'LAM

P/S:YAKIN KEPADA ALLAH,BUKAN KEPADA AMALAN YANG KITA BUAT.AMALAN TU SEKADAR PERANTARA,BUKAN YANG MEMAKBULKAN SATU2 PERMOHONAN KITA

Doa agar anak dalam kandungan dipelihara


"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah

18 April 2009

Album utk hari nie..




Pagi ni ain suram sikit.. sbb fail utk medical checkup.. tau doktor tueee ckp pe?.. "Tahniah!! bgtau good news ni kat husband u.. u nyer +.. dah pgnant.. so automatic u fail utk nieee... " Adeiii...luluh rasenye hati ni... mmgla ain dah tau pasal pregnant tuee.. Ain rase diri ni kuat lg nk bekerja..lagipun Alhamdulillah baby ni baik..alahan x teruk pun.. stakat ni la..
So ain terus start kereta balik dgn hari yg penuh kecewa.. alaaa.. tp sedih tu skejap jer... ;-p Bila ain renung2 balik.. ade sebab kenapa Tuhan xnk ain buat keje tueee.. sbb Dia nk bg rezeki yg lain.. iaitu rezeki yg lebih baik!! Mmg tu la slogan hidup ain.. "SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN TUHAN.. " Maka bersemangat baliklah ain pada hari ni.. malas nk fikir dah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ptg td abg bawa g jln2 bndar seremban.. mase balik singgah kt giant senawang.. sempat lg makan 'kfc'. Tgh makan tu sempat lg la nk berposing.Tu la dia...Mmmm pastu gi shopping!! Dah mule beli susu "ENFA MAMA".. Tp susu tu agak mahal juga yerk!! RM 46 la harganya satu tin.. xpeler.. buah hati umi punya pasal.. umi rela syg.. :-)cuma abi mu sahaja yg akan menggaru kepalanya yg x gatal tu.. hehe.. :-p

17 April 2009

Alhamdulillah Ya Allah..


Sesungguhnya bersangka baik dgn Tuhan itu amatlah perlu..
Alhamdulillah..setelah 7 bulan menunggu..akhirnya kami di kurniakan rezeki dr Allah.. berkat doa & kesabaran akhirnya ain mengandung juga..
Pagi tadi tergerak hati ain nak wat 'urine test'..wlupun baru 5 hari lewat dtg bulan.Sbbnya ain rase lain macam sgt pada diri ain ni..
Smggu sebelum ni.. ain asyik loya2 dan muntah jer.. ingatkan perkara biase jer.. sbb stress ker @ ape..bangun pagi td try buat 'urine test" alamak!! positif!! teruja rasenye... nk menangis pun yer.. ain terus kejutkan abg dr tido.. time tu baru 5 am.. ternyata abg gembira..x sangka.. rupa2nye dlm perut dah ade baby.."dah 5mggu baby ummi ni ade kat dlm ni yer ..patutla "perut" ummi ni meragam...kecik2 dah pandai nk bergurau dgn ummi yer.. :-)"
Tp kandungan ni baru lg.. ain pun risau juga.. mcm2 komplikasi boleh berlaku.. ain harap kawan2 semua doakan semoga kandungan ain ni selamat.. I'Allah..

12 April 2009

Oh mak & ummiku..


ibu kandungku... mak..


ibu mertuaku... ummi

Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku..mak
Bila lapar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.. mak!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja… aku dekati mak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku… mak
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..mak
Bila takut… yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mak

Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon… mak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkkkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mak
Bila ada masalah, yang paling risau..mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu berleter kat aku.. mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… mak

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari mak
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat mak
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah mak
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… mak ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon mak
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

~???~

Takziah kami ucapkan..


dari kiri.. adik ipar...izu..am..shida..qila..

pasangan mude.. izu & qila.. masih belajar di uia

Baru2 ini.. kami dikejutkan dengan berita yang menggembirakan kami sekeluarga..dlm mase yg same kami bakal mendapat 2 org anak buah!! qila & shida telah mengandung.. mendahului kangahnye ni..
tp semua tu x bertahan lame.. qila dan shida telah mgalami keguguran...takziah kami ucapkan..kami harap mereka tabah dalam menghadapi ujian ini.. sabar nye.. I'Allah.. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hambanya..


ni kamilah.. pasangan bahagia.. ain dan mazrul..

11 April 2009

Fadhilat Membaca dan Menghafal Al-Quran

* "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)

* "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

* "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)
* "Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

* "Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)

* "Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)

* "Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)


1. Ikhlaskan niat. Sebelum kita menghafal Al Quran pastikan dahulu niat kita ikhlas semata-mata kerana Allah swt. dan mencari keredhaanNya di samping itu tiada tujuan untuk mencari kesenangan hidup di dunia fana ini
2. Bersabar.
3. Mulakan bacaan dengan Bismillah.
4. Banyak berdoa kepada Allah swt.
5. Bersih dari hadas kecil dan besar.
6. Sebaiknya menghadap kiblat.
7. Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
8. Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
9. Memberikan tumpuan sepenuhnya. Tumpukan pengajian untuk hafalan al-Quran sahaja
10. Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap atau ketika letih
11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
12. Menghormati Al-Qur'an.
13. Menghormati ibu bapa, guru dan perguruan. Taat kepada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar kita supaya diperolehi berkat dan memudahkan lagi kita menghafal Al Quran
14. Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas
15. Jangan merokok
16. Jangan banyak ketawa atau berbual kosong
17. Jangan berkelakuan kurang senonoh
18. Hendaklah kita jauhi segala maksiat zahir dan batin dan memelihara perut kita daripada makanan yang syubhat (haram) kerana Al Quran adalah nur dan jangan dicampur dengan zulumat


Sebelum menghafal


1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal
A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis


1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur


1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih


(MENGUATKAN HAFALAN)
Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal Al-Quran, agar mengerjakan solat sunat Taqwiyatul Hifzi.
Kaedahnya:

1. Mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahiyat akhir.
2. Mengerjakannya pada malam Jumaat, sebaik-baiknya selepas tidur.
3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.
4. Membaca pada rakaat pertama Surah Yaasin.
5. Membaca pada rakaat kedua Surah Ad-Dukhan
6. Membaca pada rakaat ketiga Surah As-Sajadah.
7. Membaca pada rakaat keempat Surah Muluk.
8. Setelah solat, bacalah doa ini:

Fadhilat membaca Al-Quran.. (2)

FADHILAT MEMBACA AL-QURAN

Rasulullah S.A.W telah menerangkan kepada kita fadhilat bagi pembaca al-Quran, antaranya:

1. Membaca al-Quran adalah berdialog dengan Allah S.W.T

2. Mendapatkan kemuliaan di sisi Allah S.W.T setelah para nabi

3. Mendapatkan tempat di syurga bersama para rasul

4. Mendapatkan syafaat al-Quran pada hari Qiamat

5. Satu huruf al-Quran mempunyai 1kebaikan yang pahalanya menyamai 10 kebaikan



Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya membaca dan memahami al-Quran. Sabda Baginda:

1. “Sebaik-baik orang ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”

2. “Tidak boleh iri kecuali kepada orang yang memahami al-Quran serta mengamalkannya siang dan malam”

3. “Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca al-Quran”

4. “Terangilah rumahmu dengan solat dan membaca al-Quran”

5. “Al-Quran adalah hidangan daripada Allah S.W.T., maka janganlah kamu menjauhinya”



Adapun membaca al-Quran terdapat adab-adab yang perlu dijaga. Ketika membaca surah atau ayat al-Quran, kita hendaklah dan dianjurkan untuk mengikuti sopan santun dan etika membaca al-Quran iaitu:

- berwudhu’

- membaca di tempat yang suci, disunnahkan di masjid

- menghadap qiblat

- membaca ta’awuz @ a’uzubillaah…

- menyempurnakan bacaan dengan tajwid dan lagu yang baik

- merendahkan suara jika khuatir riak. Jika tidak, mengeraskannya adalah lebih utama

- mengarahkan fikiran dan perasaan untuk memahami bacaan

- renungkan ayat-ayat yang dibaca

- membaca mushaf (al-Quran) lebih utama daripada hafalan

- makruh untuk bergurau, tertawa @ melihat sesuatu yang akan mengganggu dan menghentikan bacaan

- bersujud ketika membaca ayat sajdah

- membaca takbir di antara dua surah, bermula dari surah ad-Dhuha hingga akhir surah al-Quran

- ketika selesai @ berhenti membaca ayat atau surah, baca doa khatam al-Quran sepertimana yang terdapat di akhir mushaf



Bersamalah kita meningkatkan bacaan al-Quran di samping menambah baik dan memperbaharui bacaan. Lebih baik lagi jika kita dapat menghayati dan mengerti terjemahan ayat dalam surah al-Quran kerana itu adalah kalam Allah S.W.T.

MARI MENGIKUT DAN MENGAMAL SUNNAH




Oleh: MUSALLY MOKSIN


JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,

Hari Jumaat adalah hari mulia, penuh barakah dan merupakan penghulu segala hari. Tepat pada saat dan waktunya, marilah kita bersama-sama dengan penuh khusyuk, ikhlas, tawaduk dan penuh insaf dengan menjadikan hari mulia ini hari menggilap semula serta meningkatkan lagi taqwa dan iman kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan apa yang diperintah-Nya, kemudian dalam masa yang sama berusaha dengan tekad meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Mudah-mudahan hidup kita akan lebih diberkati dan berbahagia di dunia dan juga di akhirat.

MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Maulidur Rasul s.a.w. atau Hari Keputeraan Baginda Nabi s.a.w. dan peribadi Baginda Nabi s.a.w. adalah tersangat akrab dengan jantung hati atau kehidupan umat Islam. Malah setiap tahun hari bersejarah ini disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Kenapa dan mengapa umat Islam menyambut serta mengingati tarikh itu, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah bersamaan hari Isnin. Apakah sekadar mahu memperingati tarikh itu semata-mata. Sebagai umat Islam yang beriman, jawapan paling tepat ialah kita peringati dan sambut Hari Keputeraan Baginda Nabi s.a.w. adalah untuk mengembalikan kesedaran dan juga cinta kita kepada Baginda Nabi s.a.w. dengan cara mengikut serta mengamalkan sunnah-sunnahnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"...Dan apa jua yang diperintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu maka terimalah dan amalkanlah, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab siksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)".

(S. Al-Hasyr: 7)

JEMAAH JUMAAT YANG

DIMULIAKAN,

Sunnah Rasulullah s.a.w. bukan sekadar kahwin atau beristeri 2, 3 dan 4 atau berpoligami yang diperdebatkan oleh masyarakat mutakhir ini. Bukan juga semata-mata sunnah pada pakaian, sementara kita mengabaikan atau melupakan sunnah yang lebih utama, iaitu; sunnah-sunnah dalam melaksanakan perintah agama yang wajib. Seperti memelihara amanah dan adil dalam poligami, menutup 'aurat, melakukan amar makruf wa nahyi mungkar dan lain-lain. Padahal, sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang mesti diikut dan diamalkan oleh umat Islam masih banyak dilupakan, malah seperti sengaja disembunyikan atau tidak dibesar-besarkan sebagaimana masyarakat membesarkan sunnah berkahwin lebih dari seorang isteri. Kerana itu, umat Islam adalah tidak wajar menyempitkan makna dan skop sunnah yang sebenar. Sunnah Rasulullah s.a.w. itu mencakup perbuatan, kata-kata, Hadith hatta diamnya. Ini bermakna, sunnah Rasulullah s.a.w. itu terlalu luas dan merangkumi segala macam urusan atau hal-hal kehidupan manusia telahpun ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, umat Islam hendaklah mengikut dan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam segala perkara kehidupan, dari hal-hal tentang mengurus atau mentadbir negara dengan amanah, tuntutan sunnah dalam berniaga, sunnah berpolitik, sunnah dalam mendidik anak isteri dan masyarakat. Sunnah Rasulullah s.a.w. dalam bergaul dengan masyarakat sesama umat Islam dan dengan masyarakat bukan Islam. Sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kepimpinan. Sunnah dalam akhlak, sikap adil, amanah, cara beramal ibadat, berumahtangga, membantu isteri, menghormati orang, mengasihani orang muda, anak-anak dan sebagainya. Semua itu adalah sunnah yang ditunjuk, dibuat, dicatatkan dalam Hadith-hadith Baginda Rasulullah s.a.w.

Dan sebagai umat Islam yang beriman, inilah sebenarnya yang perlu kita contohi dalam semua perkara yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dari awal hingga ke akhir hayat Baginda. Manakala panduan atau rujukan untuk umat Islam mengikut dan mengamalkan sunnah ialah kitab al-Quran dan Sunnah atau Hadith-hadith Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Selain itu, panduan umat Islam mengikut dan mengamal sunnah Rasulullah s.a.w. ialah dengan mengikut kehidupan para ulama warasatul-anbiya Ridhwanullahi 'alaihim, yakni mereka yang benar-benar beramal dengan penuh ikhlas segala sunnah Rasulullah s.a.w. secara istiqamah sama ada dalam waktu aman atau ketika umat Islam dilanda dharurat. Pendek kata, ulama warasatul-anbiya adalah mereka yang taat, patuh dan istiqamah beramal, bercakap, berfikir dan bertindak dengan berdasarkan ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w., tanpa tokok tambah amalan-amalan bid’ah yang menyesatkan dirinya dan umat Islam seluruhnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Orang yang berpegang kepada sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan, maka pahalanya seperti seorang yang gugur syahid".

(HR At-Thabrani).

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. itu memang suatu yang diperintahkan dalam Islam. Sunnah itu boleh dikategorikan seperti berikut:

Pertama: ialah sunnah yang wajib diikut dan diamal seperti beriman kepada Allah serta rukun-rukun iman lainnya, mengerjakan ibadat sembahyang, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan, menuntut ilmu, mengajak orang berbuat yang makruf dan ke-baikan, melarang atau mencegah orang dari berbuat mungkar, mentaati ibubapa, seterusnya melaksanakan amanah sama ada amanah atau tugas sebagai ketua rumahtangga, ketua pejabat, guru, doktor, hakim, peniaga/korporat, hatta ketua kampung, apa lagi sebagai pemimpin negeri atau negara dan sebagainya.

Kedua: ialah amalan sunnah hukumnya sunat sahaja seperti memberi salam, berpuasa sunat, bersedekah sunat, berzikir, memakai pakaian berwarna putih, berserban, masuk masjid dengan doa dan kaki kanan dan lain-lain lagi.

Untuk melaksanakan semua itu. Tidak ada contoh, panduan atau model terbaik umat Islam melainkan diri Rasulullah s.a.w.. Ini berdasarkan apa yang ditegaskan dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T.:




Yang bermaksud:"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula berzikir (menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

(S. Al-Ahzab: 21).

JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Demikianlah, sewajarnya umat Islam menjadikan diri Rasulullah s.a.w sebagai contoh dan model terbaik dalam menjalani kehidupan kita sama ada dari sudut kehidupannya, akhlak, cara bercakap, kepimpinan, berpolitik, mentadbir, berkeluarga, pendidikan, berniaga, sosial dan sebagainya. Percaya dan yakinlah bahawa mengikut serta mengamalkan cara hidup atau sunnah Rasulullah s.a.w. itu akan memberi kita manfaat yang besar, keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu: Kitabullah (al-Qur'an) dan Sunnah Rasulullah s.a.w.".

(HR Imam Malik dan Muslim).

Fadhilat membaca Al-Quran


Assalamuaikum!

Rasulullah s.a.w., pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu "Siapa kamu?"

Jawab makluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam." Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini?"

Jawab malaikat "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

Masya-Allah cantiknya balasan Allah. Hanya kerana pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibubapa yang membesarkan kita. Marilah kita bersama-sama mengembalikan amalan membaca Al-Quran kitabullah yang mulia ini meskipun dengan hanya sepotong ayat sehari.

Semoga hendaknya kita akan tergolong di dalam golongan mereka yang beringat dan diberkati Allah. InsyaAllah!!!

wassalam

10 April 2009

My beloved cousin..





heheh!! ain di apit oleh 2 org spupu..ana(kakaknye) dan moh (adiknye).. kami mmg rapat dari kecik lg..maklum la lebih kurang sebaya..antara kami bertiga ain jer yg dah kawin.. kire2 lgkah bendul kepada ana tu la.. tp kami tetap rapat macam dulu walaupun berjauhan.. ain doakan semoga mereka berdua ni di percepatkan jodoh & di murahkan rezeki...

Buat moh : HEPI BIRTHDAY TO YOU!! YG KE 23.. (9 APRIL 1986)
P/S : Moh oiii.. umur dah meningkat!! mane calon??

BuAT ana : Udoh2 ler berdating!! kawin2 ler cepat ana oiiii..

heheh!! korang berdua jgn marah!! nti lambat kawin.. :-p

Balik kuantan.. 04 April 2009



mak :Yu.. bile nk balik? tanya mak & angah...
Angah :Yu.. Ni ha Umairah(anak buah) nk ckp..
umairah :Cik yu.. bile nk balik? tido umah maiyah ae..( pelat je bunyi..)

itulah antara perbualan yg buat ana x sabar nk balik kg!! petang sabtu tu.. kami bertolak.. Dlm pjalanan.. si budak kecik tu tepon..
umairah : Cik Yu dah smpai mane? lmbat lg ke smpai? beli ais krim aeee..
(dlm nada pelat dieee.. )

Dah sampai kuantan bukan main suke die.. ye ler cik yu dia ni belikan mainan..
esoknyer kami bawa umairah & a eri (adik bongsu) g taman teruntum... suke sgt diorg..xbleh bawa 2 org lg anak buah..(abg2 pd umairah) sbb diorg ade sukan.. klu tidak.. kecohla dlm kete tu!!
Ngah ronda2 dlm kuantan parade teringin lak nk makan nasi ayam "AIDA".. dah lame rasenye x makan kat situ.. dulu ana mmg slalu pergi.. sbb nasi ayam kat situ mmg sedap!!
abis tu barulah kitorg g tgk binatang kt taman teruntum tue..
bukan main seronok si budak kecik tue.. cibuk nk main buai je!!
balik kitorg sggah beli KFC.. ye ler dah lame rasenye x blanje kuarge makan.. bungkus makan ramai2 kat umah..



p/s : umairah skrg dah makin manje n kuat merajuk.. maklum ler dah nk jadi kakak pas nie.. dah x bleh pggil adik dah.. bulan 6 ni angah bersalin.. bertambah ramaila cucu kakmah ripin.. (mak ngan bapak)


09 April 2009

Doa Pengasih



Mereka mencintainya sebagimana mereka mencintai Allah,
adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.

Jangan bersedih...


zikir munajat- JANGAN BERSEDIH - Funny video clips are a click away

Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Amalan doa mudah mendapat rezeki

Sheikh Ad-Dumairi dalam kitabnya “Hayatul Hayawan” berkata, ia menerima pelajaran dari gurunya Al Arif Billah Abdullah Bin As’ad, dari gurunya Al Arif Billah Imam Abi Abdullah Umar Al-Quray, dari gurunya Abu Rubai’ Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca zikir dan berdoa selesai solat lima waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya. Diberi kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang dan tak terkira datangnya serta dipermudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali selepas setiap kali sembahyang terutamanya selepas sembahyang Jumaat. Sebutlah :

ALLAAHUMMA YAA AHADU YAA WAAHIDU YAA MAUJUUDU YA JAWAAADU, YAA BAA SITHU YAA KARIIMU YA WAH HAABU YA DZATH THAULI YA GHANIYYU YAA MUGHNII YAA FATTAAHU YAA RAZZAAQU YAA ‘ALIIMU YAA HAYYU YAA QAYYUUMU YA RAHMAANU YAA RAHIIMU YAA BADII AS SAMAWAATI WAL ARDLI YAA DZAL JALAALI WAL IKRAAM YAA HANNAA NU YAA MAN NAANU INFAHNII MINK A BINAF HATIN KHAIRIN TUGHNI NII ‘AMMAN SIWAA KA AN TAS FATAFTIHUU FAQA D JAA AKUMUL FATHU INNAA FATAH NAA LAKA FATHAAM MUBIINAA NASRUM MINALLAAHI WAFAT HUN QARIIB WA BASY SYIRIL MU’MINIIN ALLAAHUMMA YAA GHAN IYYU YAA HAMII DU YAA MUBDI’U YAA MU’IDDU YA RAHIIMU YAA WADUUDU YAA DZAL ARSYILMAJIIDU YAA FA’AALAN LIMAA YURIIDU AGHNINI BIHALAA LIKA AN HARAAMIKA WAGH NINII BIFADLLIKA ‘AMMAN SIWAA KA WAH FAZH NII BIMAA HAFIZHTA BIHIDH DHIKRA WAN SHURNII BIMAA NAS HARTA BIHIR RUSULA INNAKA ALAA KULLI SYAI IN QADIIR WASHALLALLAAHU ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA’ALAA AALIHI WASHAHBIHI WASALLAM ADADA KHALQIHI WAZI NATA ARSYIHI WAMI DAA DA KALIMAATIHI WAL HAM DU LILLAAHI RABBIL ‘AALAMIIN.

“Wahai Tuhan Kami, Ya Allah! Wahai Yang Maha Esa! Wahai Yang Maha Esa! Wahai Yang Maha Wujud! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Memudahkan! Wahai Yang Maha Mulia! Wahai Yang Maha Menganugerahkan! Wahai Yang Mempunyai anugerah! Wahai Yang Maha Kaya! Wahai Yang Maha Mengkayakan! Wahai Yang Maha Pembuka! Wahai Yang Maha Pemberi Rezeki! Wahai Yang Maha Mengetahui! Wahai Yang Maha Bijaksana! Wahai Yang Maha Hidup! Wahai Yang Maha Berdiri dengan sendirinya! Wahai Yang Maha Pengasih! Wahai Yang Maha Penyayang! Wahai Yang Maha Mencipta tujuh petala langit dan bumi! Wahai Yang mempunyai Keagungan dan Kemuliaan! Wahai Yang Maha Pengasih! Wahai Yang Maha Mengurniakan! Kurniakanlah kepadaku daripadaMu dengan kurniaan yang baik yang menjadikan aku tidak memerlukan kepada selainMu: ”Jika kamu (wahai orang-orang musyrik) memohon supaya diberikan kemenangan (bagi pihak yang benar) sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohon) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu.” ”Sesunggunya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.” ”Pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya).”

Ya Allah! Wahai Tuhan Yang Maha Kaya! Wahai Tuhan Yang Maha Terpuji! Wahai Tuhan Yang Maha Memulakan suatu kejadian! Wahai Tuhan Yang Maha Mengembalikan suatu kejadian! Wahai Yang Maha Penyayang! Wahai Tuhan Yang Mempunyai Arasy yang mulia! Wahai Tuhan Yang Melakukan apa yang dikehendakiNya!

Cukupkanlah aku dengan perkara-perkara yang halal daripada (memerlukan kepada) perkara-perkara yang haram, jadikanlah aku dengan kurniaanMu tidak berhajat kepada selainMu, peliharalah aku dengan apa yang telah Engkau pelihara dengannya al Quran, bantulah aku dengan pertolongan yang telah Engkau berikan kepada Rasul-rasul, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa keatas segala sesuatu.” Selawat dan salamNya kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga dan sahabat handai semuanya. Segala puji untuk Allah Tuhan pemerintah seluruh alam ini.


Fadhilat ayat seribu dinar



Mafhumnya:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah

3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan

4. Dan ketika dirasakan perlu