(daripada ayat Quran) yang sangat bagus untuk diamalkan dalam usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
Doa ini adalah doa yang diamalkan oleh Nabi Allah Zakaria a.s.
Oleh kerana, Nabi Zakaria a.s tidak dikurniakan anak selama berpuluh-puluh tahun. Maka Nabi Zakaria a.s. telah merayu dan berdoa pada ALLAH SWT sepeti ayat dibawah ini. Dengan berkat rintihan doa Nabi Zakaria a.s tersebut, maka ALLAH SWT telah kurniakan isteri baginda mengandung dan mendapat cahaya mata mereka.
Maksudnya :
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”
((Rujuk Surah al-Anbiya’ ayat 89))
Doa ini sangat baik untuk diamalkan oleh para suami yang berhajat untuk menimang cahaya mata. Amalkan selalu membaca doa ini selepas solat. Merintih dan merayu lah pada ALLAH SWT agar dikurniakan zuriat penyejuk mata.
P/s- Doa ini juga dikatakan sesuai diamalkan bagi mereka yang susah untuk mendapat jodoh.
No comments:
Post a Comment