11 April 2009

Fadhilat membaca Al-Quran


Assalamuaikum!

Rasulullah s.a.w., pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu "Siapa kamu?"

Jawab makluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam." Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini?"

Jawab malaikat "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

Masya-Allah cantiknya balasan Allah. Hanya kerana pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibubapa yang membesarkan kita. Marilah kita bersama-sama mengembalikan amalan membaca Al-Quran kitabullah yang mulia ini meskipun dengan hanya sepotong ayat sehari.

Semoga hendaknya kita akan tergolong di dalam golongan mereka yang beringat dan diberkati Allah. InsyaAllah!!!

wassalam

No comments:

Post a Comment